KOLEJ
UNIVERSITI ISLAM MELAKA
FAKULTI
INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN
SUBJEK :
Isu-Isu Dalam Pemasaran
TAJUK :
Sejauh Mana Pengguna Mengetahui Hak Kepenggunaan
Mereka
DISEDIAKAN
OLEH:
UMMU KALTHUM
BINTI HAIRUDIN
No.matrik :
090556
Kursus :
Diploma Pemasaran
PENGENALAN
PENGGUNA
v Pengguna ialah istilah luas yang merujuk kepada
mana-mana individu atau isi rumah yang menggunakan barangan dan perkhidmatan
yang dihasilkan dalam ekonomi.
v Konsep pengguna boleh digunakan dalam konteks
yang berlainan, dengan itu penggunaannya boleh merujuk kepada makna berlainan.
HAK PENGGUNA
v Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang
dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna.
v Sebagai contoh, penjual-penjual diwajibkan
menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemeberitahuan kepada pengguna.
v Hak pengguna terbahagi kepada 8 iaitu :
1. Hak
untuk keperluan asas
ü Hak untuk mendapat keperluan asas dan
perkhidmatan yang penting dan sangat diperlukan dalam kehidupan harian.
2. Hak
membuat pilihan
ü Pengguna hendaklah diberi maklumat secara
langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan.
ü Pengguna perlu diberi penerangan yang dapat
memberi pilihan dalam membentuk keputusan serta mendapat jaminan bagi
menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Ianya
merujuk kepada suatu jaminan agar jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran
mencukupi dengan harga yang berpatutan.
3. Hak
untuk mendapatkan maklumat
ü Hak untuk mendapat maklumat yang jelas dan lengkap
tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
4. Hak
untuk pampasan
ü Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika
sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya
daripada maklumat yang diberi.
5. Hak
untuk barangan dan perkhidmatan yang selamat
ü Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan
yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan pengguna.
6. Hak
untuk bersuara(pandangan)
ü Hak untuk memberi pandangan dan pendapat tentang
sesuatu isu-isu yang berkaitan dengan minat pengguna.
7. Hak
untuk pendidikan kepenggunaan
ü Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan yang
membolehkan seseorang untuk menjadi pengguna yang bijak.
8. Hak
untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif kepada kesihatan yang baik
ü Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih
yang membolehkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna dilindungi.
Faktor-faktor
mengheret pengguna ke arah kepenggunaan yang tidak betul
1.
Kurang pendedahan pendidikan pengguna
v Masyarakat sendiri tidak mengerti apa yang
dimaksudkan dengan Pendidikan Pengguna secara sempurna. Memang tidak dinafikan
pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah
mendedahkan Pendidikan Pengguna kepada masyarakat. Tetapi masalah yang dihadapi
adalah pendedahannya hanya tertumpu kepada pengurusan perbelanjaan yang bijak
sahaja
2. Sikap masyarakat
v Pelbagai medium telah digunakan bagi menyalur
dan meluaskan Pendidikan Pengguna seperti TV, radio, akhbar, blog dan internet.
Tetapi tahap kesedaran pengguna sendiri yang telah menyebabkan Pendidikan
Pengguna ini tidak dimanfaatkan dengan sempurna.
v Sebagai contoh pihak kerajaan telah melancarkan
rancangan one konsumer yang diadakan pada 26 Julai oleh Dato’ Shahrir Samad di
PWTC menunjukkan keprihatinan media bagi membantu pihak Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menjuarai isu pengguna
kini.
3. Dilema kepenggunaan
v Dilema kepenggunaan di Malaysia juga membawa
kepada budaya yang tidak sihat seperti pembaziran, tidak mementingkan
keselamatan produk, boros dan berhutang.
v Lebih parah lagi melihat gelagat pengguna kini
yang mudah ditipu dengan jualan langsung, terbeli barangan tiruan atau rosak,
tidak selesa dengan udara alam sekitar dan sebagainya lagi.
4. Masalah kekurangan kesedaran
v Masaalah kekurangan kesedaran ini mampu diatasi
jika pelbagai pihak tampil berganding bahu. Pendidikan Pengguna sewajibnya
didedahkan daripada peringkat kanak-kanak lagi supaya kesedaran pengguna lebih
efektif dan berkualiti. Pendidikan Pengguna boleh dilakukan secara formal dan
tidak formal.
5. Kelemahan pengguna
v Kelemahan-kelemahan yang ada pada pengguna
inilah yang menyebabkan para pengguna dengan mudah menjadi mangsa kepada
peniaga-peniaga yang kurang bertanggungjawab.
v Banyak insiden-insiden yang telah berlaku yang
telah menjejaskan hak dan kepentingan pengguna yang antara lainnya termasuklah:
(a) kegiatan menyorok barang-barang dengan
tujuan menaikkan harga;
(b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual
yang sepatutnya mempunyai tanda harga;
(c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;
(d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi
seperti yang didakwa;
(e) barang palsu; dan halal dan haram dan
sebagainya.
TANGGUNGJAWAB
PENGGUNA
•
Setelah pengguna
mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak
mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus
mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak
pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
•
Terdapat lima tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima
tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:
•
(a) Kesedaran
Mengkritik;
•
(b) Penglibatan dan
Tindakan;
•
(c) Tanggungjawab
Sosial;
•
(d) Tanggungjawab
Alam Semulajadi;
•
(e) Bersatupadu.
•
Kesedaran mengkritik
v Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih
mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini
bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna,
pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat
bagi mendapat baranganyang sempurna.
•
Penglibatan Dan Tindakan
v Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam
kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak
dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan
penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.
•
Tanqqungiawab Sosial
v Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh
tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk
mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik
mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.
•
Tanqqungiawab Alam Semulajadi
v Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas
keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni,
menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran
faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.
•
Bersatupadu
v Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi
sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan
semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas
kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan
melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna
Kesimpulan
v Masyarakat
seharusnya sedar betapa pentingnya pendidikan pengguna agar kita menjadi
pengguna yang bijak. Pendidikan pengguna bukanlah satu pendidikan yang ada
penamatnya. Selagi kita digelar pengguna, kita perlu belajar untuk mengetahui
hak kita.
v Sebagai pengguna, tingkah laku kita sebenarnya
boleh mempengaruhi harga barangan keperluan. Malah pengguna seharusnya
menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menentukan harga barangan di
pasaran.
v Jika kita benar-benar faham akan hak-hak kita
dan bersedia untuk menggunakannya, perkara ini boleh diatasi. Turun naik harga
barangan di pasaran hari ini sebenarnya berlaku kerana kita sendiri membenarkan
dan membiarkan ia berlaku kerana kita tidak faham atau gagal untuk menggunakan
hak-hak kita sebagai pengguna.
No comments:
Post a Comment